Zulkifli Nordin Jelaskan Ucapan Hina Hindu Dibuat Sewaktu Dalam PAS

BALING: Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.

Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.

Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.

"Saya sudah insaf dan meminta maaf kepada masyarakat Hindu sebelum isu itu timbul...saya telah meninggalkan perjuangan dan jawatan dalam PAS yang banyak memesong saya selama ini daripada landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Penggerak PRU-13 Kawasan Parlimen Baling di sini.

Katanya ketika itu beliau merupakan peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang itu. "Saya banyak lakukan kesilapan sewaktu menjadi peguam beliau dan membuat ucapan di mana-mana majlis anjuran PAS dan PKR kerana terlalu taksub dengan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu yang akhirnya saya dapati amat jauh terpesong dari landasan sebenar," katanya.

Katanya sikap terbuka dan rendah diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup meminta maaf kepada rakyat membuatkan beliau terfikir yang beliau perlu meninggalkan perjuangan yang terpesong itu demi masa depan negara dan rakyat.

Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mengaitkan ucapan lama beliau yang didakwanya telah diputarbelitkan. Mengenai sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Zulkifli berkata beliau ada menerima beberapa tawaran dan sedang menimbangkannya.

Pada PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain