suria

Isu Pertahanan Negara Tidak Boleh Dipolitikkan - Timbalan Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR: Isu pertahanan negara tidak boleh dipolitikkan kerana boleh menggugat keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata tindakan parti pembangkang yang menggunakan bekas pemimpin tinggi Angkatan Tentera Malaysia untuk berkempen bagi tujuan politik dengan menyentuh elemen pertahanan negara adalah salah.

Mengikut etika profesional, sesebuah parti politik tidak boleh berkempen menggunakan cara itu yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara sendiri, katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama anggota Tentera Darat di Kem Sungai Besi di sini, Khamis.

Semasa dialog, anggota Tentera Darat banyak membangkitkan isu gaji yang disetarakan antara ATM dan Jabatan Perkhidmatan Awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Abd Latiff juga turut mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan parti pembangkang mengenai keselamatan negara. -BERNAMA

Artikel Lain