suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Datuk Muhammad Olian Abdullah
 Datuk Muhammad Olian Abdullah
Datuk Muhammad Olian Abdullah

KUALA LUMPUR: Pengurus Risda Plantation Sdn Bhd cawangan Temerloh Datuk Muhammad Olian Abdullah dan anggota Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Dr Lucas Umbul mengangkat sumpah sebagai senator pada Isnin.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dr Lucas, 52, yang juga naib presiden Persatuan Murut Sabah sejak 2003, dilantik sebagai senator buat kali pertama.

Muhammad Olian, 52, yang tamat tempoh khidmatnya sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal pada 8 Dis lepas, disambung semula tugasnya sepenggal lagi.

Beliau merupakan anggota seumur hidup Umno Cawangan Kampung Bukit Rok, Bera, Pahang dan pernah menjadi setiausaha kehormat Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia dari 2008 hingga 2010. -BERNAMA

Artikel Lain