suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditemui Mati Di Sebuah Hotel

JOHOR BAHARU: Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat diserang angin ahmar di sebuah hotel bajet di Taman Skudai Baru, di sini pada Rabu.

Mayat wanita berumur 28 tahun itu ditemui di atas lantai di tepi katil pada pukul 2.30 petang oleh seorang pekerja hotel itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata, wanita yang berasal dari Skudai dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di kawasan itu mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada Isnin lepas.

"Tiada kecederaan pada tubuh wanita itu dan siasatan kini menjurus kepada tujuan dia menginap di hotel itu," katanya sambil memberitahu wanita itu adalah seorang janda dan mempunyai dua anak.

Beliau berkata mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan pada masa ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.-BERNAMA

Artikel Lain