suria

Undang-Undang Anti Bunuh Diri Tidak Lagi Relevan - Liow

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mahu tindakan yang lebih rasional terhadap mereka yang ditahan kerana mencuba untuk membunuh diri, kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekalinya, diperuntukkan kepada mereka yang disabitkan kerana cubaan membunuh diri tidak lagi relevan.

“Jika memenjarakan mereka akan dapat menghalangnya daripada membunuh diri, maka kita harus melakukannya. Bagaimanapun, kita tidak menangani masalah itu dan merawat mereka maka supaya mereka tidak lagi cuba untuk membunuh diri pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun undang-undang tersebut jarang dipakai, namun kes seorang pelajar Somalia, Ibrahima Oumar Viallo, 25, yang dijatuhkan hukuman penjara dua bulan pada Mei lalu oleh mahkamah majistret kerana cuba untuk membunuh diri, menyebabkan terdapat usaha untuk memansuhkannya.

Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang telah mula mengkaji undang-undang tersebut pada bulan lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan sebagai berkata bahawa jawatankuasa itu diarahkan untuk mengkaji Seksyen 309 itu.

Berdasarkan statistik Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia menunjukkan kes bunuh diri meningkat daripada 290 pada tahun 2008 kepada 328 dan 425 masing-masing pada 2009 dan 2010.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan Pelan Strategik dan Tindakan Negara selama lima tahun bagi mencegah insiden bunuh diri.

Artikel Lain