PKR Dakwa Pengerusi SPR Tidak Isytihar Keluar Umno - Semasa | mStar

PKR Dakwa Pengerusi SPR Tidak Isytihar Keluar Umno

PETALING JAYA: Kontroversi status keanggotaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno berterusan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau tidak mengisytiharkan statusnya dalam parti itu selepas tiga bulan dilantik menerajui suruhanjaya berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kegagalan Abdul Aziz berbuat demikian bertentangan dengan peruntukan di bawah Fasal 2 dan Fasal (4A), Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan.

"Kepercayaan rakyat mengenai pertimbangan politik adalah penting bagi sesiapa yang menerajui PKR.

"Dalam kes ini, Tan Sri Abdul Aziz tidak mengistiharkan statusnya. Jadi berlaku perlanggaran dalam Perkara 114," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Khamis.

Selain itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pengakuan Abdul Aziz bahawa beliau pernah menjadi ahli Umno di Ampang namun tidak aktif dengan alasan tidak membayar yuran tahunan masih belum menjawab persoalan mengenai status keahliannya.

"Yang penting beliau pernah didaftarkan sebagai ahli Umno. Kalau beliau tak bayar yuran tahunan pun, beliau masih menjadi ahli yang sah kecuali Tan Sri Abdul Aziz menghantar surat untuk keluar daripada Umno, ataupun beliau dipecat," katanya.

Berdasarkan Fasal 4A, kelayakan seseorang Pengerusi SPR akan hilang selepas tiga bulan dilantik ke jawatan itu jika individu berkenaan masih menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal urusan mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selaiannya, atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah , untung atau faedah daripadanya.

"Sebagai pegawai tertinggi SPR, kecuaian beliau menyemak dan membatalkan keahlia parti politik adalah satu kesalahan besar yang melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Pengakuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bahawa mereka tidak ingat sama ada mereka masih menjadi ahli Umno mengesahkan bahawa mereka tidak pernah mengambil tindakan membatalkan keahlian mereka dalam tempoh yang ditetapkan," kata Saifuddin lagi.

Dalam pada Saifuddin berkata, beliau telah menghantar surat kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi meminta Perdana Menteri menubuhkan tribunal untuk menyiasat sama ada kedua-dua pegawai tertinggi SPR itu melanggar Perkara 114 ataupun tidak.

Surat berkenaan dihantar pada Khamis dan dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada Rabu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri memaklumkan bahawa Abdul Aziz mengesahkan beliau bukan lagi ahli Umno seperti yang didedahkan pembangkang.

Abdul Aziz bagaimanapun mengakui bahawa beliau pernah didaftarkan sebagai ahli Umno kira-kira 30 tahun lalu di Ampang.

Artikel Berikut

PM Garis 7 Sebab Rakyat Perlu Pilih BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain