suria

Pengawal Keselamatan Hospital Bukit Mertajam Ditahan Bantu Kes Jumpa Mayat Bayi

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat dalam tandas di wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini, Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi berkata berdasarkan siasatan dan maklumat awam, polis menahan seorang wanita yang bekerja sebagai pegawal keselamatan di HBM itu lewat petang Khamis.

"Berdasarkan keterangan saksi, polis menahan wanita berusia 30-an itu di wad kanak-kanak ketika dia sedang menunggu anaknya yang menerima rawatan di situ. Wanita itu kini direman bagi membantu siasatan," katanya di sini hari, Jumaat.

Pada Khamis, mayat bayi perempuan itu ditemui di atas lantai oleh seorang tukang cuci yang hendak mencuci tandas berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Sementara itu, rakan wanita berkenaan yang enggan dikenali berkata pegawal keselamatan terbabit mempunyai dua anak dan seorang daripadanya sedang sakit serta di rawat di HBM.

"Suaminya berada dalam penjara kerana kesalahan berkaitan dadah sejak setahun lepas," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Terbunuh Dirempuh Kereta

Artikel Berikut

Artikel Lain