Cuepacs Perlu Perjelas Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Opsyen SBPA - Semasa | mStar

Cuepacs Perlu Perjelas Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Opsyen SBPA

SERI KEMBANGAN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, Cuepacs kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar" di sini, Sabtu.

Laporan sebelum ini menyebut Cuepacs akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin bagi membincangkan mengenai SBPA yang disifatkan tidak begitu adil.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata skim baru yang ditawarkan itu bukan satu paksaan, malah terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk menerima tawaran atau kekal dengan sistem lama.

Konvensyen yang dihadiri perwakilan dari 20 buah negara itu diadakan bagi membincangkan isu hak asasi untuk golongan terpinggir serta memperjuangkan konsep dan prinsip kesamarataan selaras dengan falsafah dan ajaran Dr B.R. Ambedkar.

Beliau merupakan seorang pakar undang-undang India, pemimpin politik, ahli falsafah, antropologi dan ekonomi, serta antara pengasas negara India merdeka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain