suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aduan Bayi Cacat Di Hospital: Zamri Arah Siasat

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Rabu mengarahkan siasatan terhadap aduan kecacatan seorang bayi perempuan akibat menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Zambry mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Dr Mah Hang Soon mendapatkan laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri mengenai kejadian itu.

"Kita berharap pihak HRPB dapat menjelaskan sebarang kemusykilan supaya orang ramai tidak memberi gambaran salah terhadap perkhidmatan di hospital berkenaan," katanya.

Semalam, Muhamad Shahrim Ishak dan isterinya Husdalia Hussin mendakwa anak perempuan mereka Nur Sofiera Natasha, 2, mengalami kecacatan dikatakan akibat kecuaian doktor memberi suntikan kepada anak itu ketika dirawat demam panas, dua tahun lepas.

Suntikan itu menyebabkan bahagian bawah jari sehingga pergelangan tangan anak itu bengkak kehitam-hitaman, didakwa kesan tumpahan ubat di atas kulit selain dimaklumkan oleh seorang doktor lain bahawa jarum suntikan di tangannya tidak masuk ke urat.

Anak itu juga disahkan mengalami 'Cerebral Palsy' - gangguan saraf yang menjejas pergerakan badan dan koordinasi otot.

Pasangan itu kemudian mengadu masalah anak mereka kepada Zambry. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain