suria

Video Seks: Polis Didakwa Gagal Laksana Tugas - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis yang gagal melaksanakan tugas berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya.

Beliau berkata, tindakan berdiam diri polis secara tidak langsung menggambarkan bahawa wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagi melindungi trio 'Datuk T' yang membuat tayangan serta menyimpan rakaman video aksi seks tersebut.

"Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka.

"Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu video seks berkenaan yang dilihat 'sejuk' ekoran tiada perkembangan terbaru berhubung isu berkenaan.

"Sebab itu saya katanya perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno. Trio 'Datuk T' ini hanya perkakas kepada Umno," katanya.

Bagaimanapun Anwar mengelak ketika diajukan soalan sama ada beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap trio 'Datuk T'.

"Kita tungggu tindakan polis, saya sudah buat laporan polis," katanya.

Mac lalu, trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahan video seks terbabit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain