suria

15 Kes Penipuan Guna Nama Kastam KLIA

SEPANG: Sebanyak 15 kes membabitkan penipuan berjumlah ribuan ringgit menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA dilaporkan dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Pengarahnya Datuk M. Govinden berkata, jumlah penipuan tertinggi setakat ini berlaku bulan lepas apabila seorang wanita memasukkan RM100,000 ke akaun bank seorang individu yang mendakwa dirinya pegawai kastam.

"Wanita itu dikatakan dihubungi oleh individu berkenaan untuk memberitahu bahawa rakannya yang sama belajar dengannya kini ditahan dan dia dikehendaki memasukkan wang terlebih dahulu sebelum rakannya boleh dibebaskan.

"Apabila gagal menghubungi rakannya itu beberapa kali, wanita tersebut terus memasukkan wang yang diminta dan kemudian baru menghubungi pihak kastam yang langsung tidak mengetahui perkara itu," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Govinden berkata pada bahawa Rabu lepas kastam KLIA merampas empat bungkusan dipercayai dadah jenis ketamin seberat 2.8 kg bernilai RM56,000 yang dibawa masuk seorang lelaki warga asing.

"Dadah itu disembunyi di bahagian pinggang dan kaki suspek yang baru tiba dari Chennai, India," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain