suria

Tiada Bukti Kukuh Teoh Dibunuh - Pakar Forensik

KUALA LUMPUR: Pakar Forensik Patologi, Dr Khairul Azman Ibrahim mengakui bahawa beliau ada melakukan carian jika terdapat unsur jenayah dalam kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau menambah, meskipun melawat tempat kejadian sebanyak dua kali, tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan bahawa Teoh dibunuh.

Selain itu, beliau yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini juga tidak menemui bukti bahawa Teoh telah dicekik mahupun lehernya 'dikunci' dengan menggunakan siku.

"Tiada bukti yang dapat menyokong bahawa berlaku necklock pada Teoh, seperti kehadiran bintik-bintik merah di mata yang menunjukkan kejadian lemas," kata Khairul Azman.

Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan sebagai saksi ke-17 pada prosiding Suruhanjaya Siasatan yang menyiasat kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009, beberapa jam selepas dia disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Sebelum

Artikel Lain