suria

Hari Ketiga Pemilihan Pucuk Pimpinan PKR Dijangka Lebih Sengit

PETALING JAYA: Pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diteruskan hari ini dengan lima negeri meneruskan proses pengundian melibatkan 27 cabang di Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah.

Semalam penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendahului mendahului dua lagi pencabar, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub untuk jawatan timbalan presiden.

Kedudukan itu selepas sembilan cabang selesai mengadakan pemilihan PKR pada Sabtum dan berdasarkan keputusan rasmi yang diterima ibu pejabat parti, Zaid memperoleh 577 undi berbanding Azmin yang berada ditangga kedua dengan 372 undi, manakala Mustaffa pula mendapat 61 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului dengan 494 undi.

Berikut adalah jadual pemilihan cabang untuk hari ini. (Ahad, 31 Oktober 2010)

Pahang :Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Tampin.

Negeri Sembilan: Rembau dan Rompin.

Perak : Tambun, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar.

Pulau Pinang: Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.

Melaka : Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Bukit Katil.

Artikel Lain