Tengku Abdullah Mahu Aktiviti Rakan Muda Ke Masjid Dipertingkatkan - Semasa | mStar

Tengku Abdullah Mahu Aktiviti Rakan Muda Ke Masjid Dipertingkatkan

BERA: Aktiviti Rakan Muda ke Masjid perlu dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai golongan muda dan remaja ke masjid dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis muda yang berkualiti.

Penganjuran seperti Tadarus al-Quran misalnya merupakan salah satu aktiviti yang dilihat perlu dipertingkatkan supaya ia lebih menarik penyertaan ramai golongan itu.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah melalui aktiviti seumpama itu, ianya secara tidak langsung dapat menghindarkan golongan terbabit daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.

"Program sedemikian perlu diadakan setiap masa supaya kita dapat melahirkan pemimpin muda yang berkualiti yang bakal mewarisi kepimpinan negara di masa depan," titah baginda pada Jumaat.

Baginda bertitah semasa merasmikan penutup Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang di Masjid Kampung Durian Tawar Bera yang dihadiri lebih 1,000 remaja dan belia, di sini.

Titah Tengku Abdullah, aktiviti yang diadakan itu bukan sahaja boleh mendorong dan menarik minat Rakan Muda ke masjid malah akan menceriakan lagi suasana setempat dan menjadikan golongan terbabit lebih bertanggungjawab.

Sehubungan itu Tengku Mahkota mahukan jawatankuasa masjid dan surau juga turut mengatur lebih banyak aktiviti keagamaan bagi menarik lebih ramai kariah terutamanya golongan muda.

Titah baginda, selain dijadikan tempat beribadat masjid juga hendaklah dijadikan sebagai pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.

"Masjid yang cantik, besar dan indah dibina dengan peruntukan besar jika tidak diimarahkan dengan aktiviti keagamaan dan menimba ilmu, ia akan membazir.

"Masjid bukan sekadar sebagai tempat bersembahyang semata-mata, tetapi ia perlu dijadikan sebagai pusat perhimpunan perpaduan umah dan mengukuhkan ukhwah di kalangan masyarakat," titah Tengku Mahkota.

Baginda bertitah peranan anggota jawatankuasa masjid bukan hanya sekadar melaksanakan sembahyang lima waktu atau solat Jumaat seminggu sekali, tetapi perlu merancang aktiviti seperti kelas al-Quran, fardu ain, ceramah agama dan aktiviti kemasyarakatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Akaun Facebook Baru - Dr Chua Soi Lek

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan