suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahasa Isyarat Dalam Khutbah Jumaat Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Bahasa isyarat akan turut digunakan dalam menyampaikan khutbah Jumaat di Terengganu jika terdapat permohonan daripada masyarakat setempat, kata Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEA) Datuk Sheikh Harun Ismail.

"Kita telah memperkenal khutbah bahasa isyarat ini di Masjid Al-Abrar Kampung Bukit Tok Beng, buat permulaan kepada pelajar-pelajar kurang pendengaran dan sambutannya amat baik," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sheikh Harun berkata JHEAT tidak mempunyai rancangan untuk membina mesjid bagi kaum India Muslim di sini.

Beliau berkata ini kerana bilangan kaum India Muslim di bandar ini tidak begitu ramai dan masjid-masjid yang ada sudah memadai.

Bagaimanapun JHEAT mungkin membina sebuah surau untuk kaum India Muslim berkumpul, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain