suria

AS Ucap Tahniah Kepada Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengucapkan tahniah kepada Malaysia sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-53, Selasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kedutaan AS di sini, Setiausaha Negara AS Hillary Clinton berkata Amerika Syarikat berharap hubungan antara kedua-dua negara akan terus dipertingkat dan diperkukuhkan.

"Bagi pihak Presiden Obama dan rakyat Amerika Syarikat, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos.

"Pertukaran dalam bidang pendidikan dan kebudayaan yang telah lama wujud telah membuahkan persefahaman erat antara rakyat Malaysia dan Amerika, dan kerjasama kita dalam ekonomi dan keselamatan menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara," katanya.

Sementara itu, kedutaan AS di sini akan ditutup sehari, esok. Untuk kecemasan ia boleh dihubungi melalui talian 03-21685000. - BERNAMA

Artikel Lain