suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Negeri Sembilan Tahan Lapan Pelacur Warga Thailand

SEREMBAN: Lapan wanita warga Thailand ditahan di sebuah rumah teres di Taman Bukit Kelisa di sini malam Rabu, kerana didapati menyalah guna pas lawatan sosial untuk menjadi pelacur.

Ketua Operasi dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Insp Boo Khooi Fong berkata kesemua mereka yang berusia antara 30 dan 38 tahun ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 9.30 malam.

"Serbuan adalah hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan orang ramai. Selain itu kita turut merampas wang tunai RM3,050, dua tiub pelincir dan enam kondom," katanya, di sini, Khamis.

Beliau berkata ketika serbuan terdapat tiga lelaki berusia antara 25 dan 32 tahun di rumah itu dipercayai pelanggan.

Siasatan awal mendapati kegiatan tidak bermoral tersebut yang bertujuan mencari duit belanja disebarkan 'dari mulut ke mulut', katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain