Remaja Perempuan Ditahan Dipercayai Buang Bayi Di Rawang - Semasa | mStar

Remaja Perempuan Ditahan Dipercayai Buang Bayi Di Rawang

RAWANG: Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun kerana disyaki membuang seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Abdullah berkata remaja itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.

"Ketika kejadian, penghuni rumah itu yang merupakan seorang suri rumah, sedang sibuk membersihkan rumahnya. Tiba-tiba, dia terdengar bayi menangis lalu terus ke bahagian belakang rumahnya dan ternampak seorang bayi yang dibalut dengan kain," katanya dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas menerima panggilan daripada suri rumah itu, polis segera ke tempat kejadian.

"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang remaja perempuan dan daripada siasatan ke atasnya, polis menemui uri bayi berhampiran lokasi bayi itu dijumpai," katanya.

Abdul Rahim berkata remaja itu, yang menumpang di rumah ibu saudaranya, dan bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

"Sekarang ini, suspek masih dalam proses rawatan. Selepas itu, kita akan tahan suspek untuk bantu siasatan kes itu," katanya.

Remaja itu akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain