suria

14 Banduan Akhir Diberi Pengampunan

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi tempoh 2000 hingga 2009, seramai 14 banduan akhir yang dijatuhi hukuman mati telah diberi pengampunan.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, dua daripada mereka dibebaskan serta-merta oleh Jemaah Pengampunan Negeri.

"Terdapat tujuh banduan telah diringankan dari hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hayat.

"Selain itu empat lagi banduan telah diringankan dari hukuman mati kepada hukuman penjara 20 tahun," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Karpal dalam soalannya meminta Hishammuddin menyatakan bilangan banduan akhir dalam negara di penjara yang memperoleh keampunan dalam jangkamasa 10 tahun dan sifat kepada keampunan tersebut.

Berdasarkan Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan akhir atau banduan hukuman mati boleh mengemukakan petisyen atau rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri di mana kesalahan berkenaan dilakukan.

Artikel Lain