suria

Agong Rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

TERSERGAM ... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bernilai RM 200 juta dibina menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan serta baki 30 peratusnya konkrit yang telah di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya di sini, hari ini. (Gambar kecil) Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menandatangani plak perasmian Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom (kanan).-Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, di sini.

Seri Paduka kemudiannya bersolat Jumaat di masjid itu yang lebih dikenali dengan nama Masjid Besi.

Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang turut sama bersolat Jumaat.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mula dibina pada 2004 membabitkan kos RM200 juta dan mampu menampung sehingga 20,000 jemaah.

Dibina dengan menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus besi, selebihnya 30 peratus konkrit, masjid itu dilengkapi dengan dewan solat utama, tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan dan kemudahan Wifi.

Sementara itu, Jamil Khir dalam ucapannya berharap masjid itu dapat menjadi tempat memupuk perpaduan di kalangan umat Islam serta bebas daripada elemen politik.

"Sehingga tahun lepas sebanyak 6,119 buah masjid dan 15,139 buah surau di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 342 masjid diurus tadbir sepenuh masa oleh kerajaan pusat atau negeri," katanya.

Jamil Khir berkata peruntukan keseluruhan bagi membayar imbuhan 14,254 orang imam masjid mukim dan kariah di seluruh negara pada 2010 berjumlah RM76.9 juta. -BERNAMA

Artikel Lain