Mahu Cepat Kaya, Suri Rumah Ditipu RM80,000 - Semasa | mStar

Mahu Cepat Kaya, Suri Rumah Ditipu RM80,000

KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin menukar nasibnya menjadi lebih kaya, seorang suri rumah kerugian RM80,000 apabila ditipu oleh seorang bomoh palsu yang menjanjikannya peluang menjadi kaya melalui nombor ekor.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Miss Low, 50, dari Sungei Way dekat sini menerima satu risalah di pagar rumahnya pada Mac tahun lepas dengan iklan tertera peluang untuk mengubah nasib.

Katanya, mangsa yang seolah-olah terpikat dengan risalah itu kemudian memberanikan diri menghubungi nombor di risalah berkenaan yang kemudiannya dia dihubungkan dengan bomoh yang dikenali sebagai Master Yang.

"Mangsa mahukan bomoh itu supaya mengubah nasibnya dan lelaki itu berjanji akan memberikannnya satu nombor 4-D supaya mangsa akan mendapat keuntungan.

"Lelaki itu mahukan mangsa bertaruh sebanyak RM3,000 pada nombor yang diberikan dan memberitahu, kelak mangsa akan memenangi wang sebanyak RM600,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chong berkata, dari Mac hingga Ogos tahun lepas, mangsa mendakwa telah memasukkan wang sebanyak RM80,000 ke dalam akaun lelaki itu di mana wang itu didakwa untuk kegunaan upacara sembahyang.

Beliau berkata, mangsa yang sabar menunggu untuk mendapatkan apa yang dijanjikan itu mula mengesyaki sesuatu apabila nasibnya masih lagi tidak berubah.

Mangsa kemudian cuba menghubungi lelaki itu untuk mendapatkan semula wangnya namun panggilannya tidak dijawab, katanya.

Katanya, lelaki itu menghubungi mangsa selang beberapa hari kemudian dan mahukan mangsa memasukkan wang sebanyak RM3,000 lagi jika inginkan kembali wangnya itu (RM80,000).

Chong berkata, mangsa yang sedar dirinya telah ditipu kemudian membuat laporan polis pada 4 November lepas dan datang ke pejabatnya untuk mendapatkan bantuan dan nasihat lanjut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.