Pesta Dadah, Arak: 29 termasuk 7 wanita ditahan - Semasa | mStar

Pesta Dadah, Arak: 29 termasuk 7 wanita ditahan

BENTONG: Seramai 29 rakyat tempatan termasuk tujuh wanita ditahan kerana berpesta dadah di dua blok berasingan di Pangsapuri Amber Court, Genting di sini dua hari lalu.

Dalam serbuan pertama di Tingkat 6, Blok A pangsapuri itu oleh Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 25 tahun pada kira-kira 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, tiga daripada mereka adalah pelajar kolej swasta manakala tujuh lagi sudah bekerja termasuk tiga orang penjawat awam ditahan ketika dalam keadaan khayal.

"Ujian air kencing ke atas mereka, polis mendapati sembilan lelaki terbabit adalah positif ganja manakala wanita yang juga pelajar itu didapati negatif dadah dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Dis ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Rosli, pemeriksaan polis di dalam pangsapuri itu menemui ketulan mampat ganja seberat 61 gram yang dibungkus dengan kertas surat khabar, sebungkus plastik lutsinar mengandungi Ketamin seberat 5.6 gram dan sebiji pil Ecstacy yang diletakkan di atas meja kopi.

"Kita turut merampas satu dapur untuk menghisap ganja, 24 tin dan dua botol minuman keras, sepasang pembesar suara, kamera, komputer riba dan enam cakera padat yang memuatkan lagu-lagu," katanya.

Beliau berkata, sembilan suspek itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 12(2) akta yang sama.

Katanya, sejam selepas serbuan pertama, polis menahan 19 orang termasuk enam wanita dan dua pelajar di Tingkat 22, Blok B, pangsapuri yang sama kerana turut mengadakan "pesta dadah".

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek yang berumur antara 16 dan 27 tahun itu mendapati 10 daripada mereka termasuk dua wanita positif dadah Amphetemine.

"Kesemua 10 suspek, telah dituduh di Mahkamah Bentong hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya kecuali dua pelajar yang ditahan reman sehingga esok," katanya.

Rosli memberitahu, kesemua suspek yang kebanyakannya adalah pekerja dan pelajar dari Kuala Lumpur itu datang ke pangsapuri itu untuk berhibur dengan menyewa di pangsapuri itu pada harga antara RM200 dan RM300 untuk satu malam.

"Mereka ini tidak mengenali antara satu sama lain cuma mengikut kawan-kawan yang dikenali datang untuk berhibur secara murah dengan berkongsi membeli minuman keras dan dadah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?