suria

MAYAT MANGSA BUNUH DITEMUI BERULAT DI TEPI JALAN

IPOH: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemui dengan kesan kecederaan di bahagian kepala di Jalan Ipoh-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alis berkata hasil maklumat orang awam, polis menemui mayat tersebut dalam keadaan terbaring, kira-kira 40 meter daripada jalan raya.

Mayat itu berpakaian lengkap dan tiada sebarang pengenalan diri ditemui, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya berdasarkan bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan di kepala dan mangsa dipercayai dipukul dengan objek tajam.

"Kita percaya mayat tersebut sudah berada di kawasan semak itu sejak enam hari lalu dan telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan berkenaan", katanya.

Azisman berkata mangsa dipercayai berketurunan India dan berusia dalam lingkungan 20-an.

Katanya sehingga hari ini belum ada waris atau saudara mara yang membuat laporan berhubung kehilangan lelaki itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain