suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Peguam Dipenjara 7 Tahun Kerana Pecah Amanah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dipenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didapati bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan RM69,041.90 milik pelanggannya 11 tahun lepas.

Hakim S.M. Komathy Suppiah mengenakan hukuman itu terhadap Jeyapalan T.S. Mahesan, 56, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Bagaimanapun, Komathy membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sehingga selesai rayuan yang dikemukakan peguam bela Datuk Low Tooi Choi di Mahkamah Tinggi.

Komathy menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Petaling Jaya sebulan sekali dan mengekalkan jaminan RM30,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim itu berkata kesalahan yang dilakukan oleh Jeyapalan adalah berat kerana ia menjejaskan reputasi sektor guaman.

Jeyapalan didakwa melakukan pecah amanah wang milik Lee Hock Seng, seorang peniaga restoran makanan Jepun, di 242, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru di sini, antara 24 Februari 1998 dan 4 Mac 1998.

Timbalan Pendakwa Raya Yaacob Chik yang menjalankan pendakwaan telah memanggil 10 saksi. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain