suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Setuju Pertingkat Hubungan Strategik Dengan Malaysia

PUTRAJAYA: Presiden China Hu Jintao gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam kerjasama antara China dan Malaysia dan berkata kedua-dua negara akan meningkatkan lagi hubungan strategik mereka.

Bercakap dalam sidang akhbar bersama Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan mesyuarat dua hala sempena lawatan dua harinya ke Malaysia berakhir Rabu, Hu berkata kedua-dua negara bersetuju untuk terus mengadakan perbincangan peringkat tinggi selain untuk mengambil langkah melaksanakan pelan tindakan bersama serta meneroka bidang kerjasama baru.

Dalam perbincangan mereka itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat agar kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi diperluaskan.

"Kami bersetuju bahawa kita perlu mengukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan infrastruktur dan kewangan bagi berdepan dengan kesan krisis kewangan global selain untuk sama-sama menyumbang kepada kestabilan ekonomi serantau," katanya.

Hu, yang pernah melawat Malaysia pada 2002 ketika menjadi naib presiden, diiringi delegasi 140 orang.

Beliau berlepas ke Singapura petang ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Apec.

Hu berkata China akan juga mengukuhkan hubungannya dengan Malaysia dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaa, pelancongan selain meningkatkan kerjasama di peringkat Asean ke arah pembangunan rantau Asia Pasifik.

Pemimpin China itu berkata hubungan di peringkat rakyat kedua-dua negara semakin kukuh sejak Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik 35 tahun lepas.

"Kemajuan dalam hubungan China-Malaysia memberi manfaat kepada rakyat dan negara dan menyumbang ke arah keamanan dan kestabilan serta kemakmuran serantau," katanya.

China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia daripada kalangan negara Asean. Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala ialah US$53 bilion. BERNAMA

Artikel Lain