1,989 Mangsa Banjir di Kedah Masih Di Pusat Pemindahan - Semasa | mStar

1,989 Mangsa Banjir di Kedah Masih Di Pusat Pemindahan

ALOR SETAR: Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah menurun kepada 1,989 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,060 malam tadi. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata daerah Kota Setar paling teruk terjejas apabila seramai 865 mangsa melibatkan 247 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Seramai 580 mangsa membabitkan 139 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di satu pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau diikuti dengan Kubang Pasu 440 orang (103 keluarga) dan Padang Terap dengan 104 orang (22 keluarga).

Sementara itu, bacaan paras air dua sungai di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatatkan 4.29 meter (paras bahaya 3.8 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.43 meter (bahaya 2.00 meter). BERNAMA

Artikel Sebelum

“KATAPAW...”

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain