suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cerai Isteri Melalui Baiah Politik Tidak Harus Dibenarkan Sama Sekali - Dr M

KUALA LUMPUR: Jika benar keputusan PAS untuk memaksa wakil rakyatnya mengangkat baiah yang menjatuhkan penceraian talak tiga ke atas para isteri mereka sekiranya mereka melompat parti, maka ia adalah satu penghinaan kepada semua wanita Islam, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia seolah-olah wanita Islam tidak ada suara atau hak langsung,” kata Dr Mahathir.

Beliau menambah, adalah amat menyedihkan PAS sanggup memecah belahkan keluarga hanya kerana politik,’’ kata beliau.

Dr Mahathir berkata, inilah yang terjadi apabila politik dan agama dicampur adukkan.

“Politik boleh dikotorkan tetapi agama tidak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada persidangan mengenai peranan wanita dalam pembangunan negara anjuran NAM Institute for the Empowerment of Women.

Beliau turut membidas tindakan PAS menyalahgunakan konsep baiah.

“Inilah bukanlah caranya untuk menggunakan agama untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Malah tindak tanduk PAS adalah lebih kepada mendiskriminasikan kaum wanita di negara ini. Menceraikan isteri kerana hendak menyelamatkan parti atau atas nama politik tidak patut dibenarkan sama sekali, “ tegas beliau.

Artikel Lain