suria

Wanita hamil mengaku tidak salah beri rasuah

JOHOR BAHARU: Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah sebanyak RM862 kepada seorang pegawai polis, April lepas.

Mariyam Hatu Nur Ahmad, 33, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di hadapan Masjid Al-Raudah, Jalan Saleng, Kulaijaya, kirakira pukul 10.20 pagi, 19 April lepas.

Wanita rakyat Myanmar dan menetap di Kulaijaya itu didakwa memberi suapan itu kepada ACP Roslan Abdullah yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya sebagai dorongan supaya tidak menahan suaminya S.Murugan @ Mohd Ali Abdullah atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Mariyam didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau manamana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Taufik Khamis.

Hakim Ab Rahmad Adol menetapkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan 12 Jan depan sebagai tarikh sebutan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain