suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh lelaki ditahan berhubung kes bunuh

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang rakyat tempatan di sekitar Pasar Borong Selayang bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan dua lelaki keturunan India yang dibelasah 50 warga Myanmar di pasar itu kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata kesemua lelaki yang dalam lingkungan umur lewat 20-an dan awal 30-an itu ditahan awal pagi semalam.

Setakat ini tiada senjata dirampas daripada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Dalam kejadian 7.45 malam, kelmarin, dua daripada lapan lelaki yang cuba merompak seorang peniaga, mati dibelasah 50 rakyat Myanmar yang bersenjatakan parang, kayu dan pisau di pasar berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain