suria

Dua menteri kabinet dahului penerima darjah kebesaran ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang

KUANTAN: Dua menteri kabinet mendahului senarai 1,144 penerima darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Pahang bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-79, hari ini. Seramai 13 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Mereka ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Luar Bandar Datuk Anifah Aman, Pengerusi Ranhill Berhad Tan Sri Sallehuddin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Zakaria Bahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia Datuk Ibrahim Jaapar.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Datuk Rodzali Daud, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Peguambela & Peguamcara Messrs Shafee & Co Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Pengarah Eksekutif Public Bank Datuk Lee Kong Lam, Pengasas Universiti Lim Kok Wing Tan Sri Lim Kok Wing dan Pengerusi Eksekutif Putrana Oil Refinery Sdn Bhd Mohammad Saraei Faridoun.

Bagi Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran "Datuk", seramai tujuh penerima darjah berkenaan iaitu Cik Puan Bendahara Pahang Datuk Habibah Yusoff, Cik Puan Tengah Pahang Datin Sri Rohaya Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datin Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Roseley Khalid, Pengerusi Eksekutif Heitech Padu Bhd Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Wira Mohammed Noordin Ali.

Seramai 17 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran "Datuk". Mereka ialah Tengku Nurul Kamalia bt Tengku Besar Pahang Tengku Kamil Ismail, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Jabatan Kehakiman Malaysia Datuk Suraya Othman, Ketua Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIs) Dr Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Zulkifli Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Ibrahim Che Embong, Timbalan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Datuk Mazbar Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.

Panglima Markas 1 Divisyen Markas Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Politik Kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Ab. Hamid Mohd Nazahar, Pengarah Direktorat Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abd Karim, Pengarah Kampus Pahang Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Kamaruzaman Wan Su, Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Tun Abd Majid Tun Hamzah, pesara Pegawai Kanan Polis Datuk Harun Md Idris dan Managing Partner B.Grimm & Co, Bangkok Thailand Encik Haraid Link.

Seramai 105 pula dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk".

Antara penerima DIMP ialah Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Akhtar Tahir, Pengarah Eksekutif Suasa Efektif (M) Sdn Bhd Tengku Taha Alfashini Tengku Abdul Murad Shah, Angota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Padang Tengku, Abdul Rahman Mohammad, ADUN Mentakab, Chuah Boon Seong, ADUN Tioman Mohd Johari Hussain, ADUN Kerdau Zaharuddin Abu Kassim, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Senator Zaitun Mat, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Raslin Abu Bakar, Ketua Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia Wan Ramlah Wan Abd Raof, Pengarah Pertanian Negeri Pahang Kamariah Ismail, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser Hanafiah Abdul Talib, Pengarah Perikanan Negeri Pahang Mohamad Mat Saman, Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang Mohd Zahari Md Isa.

Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Abdul Malek Md Noor, Pengarah Kebajikan Masyarakat Pahang Shamsiah Hussin, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Sutinah Sutan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Abdul Wahab Mat Yasin, Timbalan Ketua Polis Pahang SAC 1 Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh, Ketua Cawangan Khas Pahang SAC II Riduan Hashim, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri Jailani Ngah, Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri Mohd Po'Ad Jelani, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia Frederick John Fernandez, Ketua Wanita MCA Pahang Lim Nget Yoon Pengarang Berita The Star Lourdes Joseph Charles dan Vice President Lim Kok Wing University Fajura Juffa Mohd Mustaffa Kamal.

Seramai 22 menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), antaranya Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Abdul Hamid Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Wazir Haron.

Bagi darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), seramai 79 menerima darjah berkenaan, antaranya Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zulkefli Salleh, Pengarah Audit Negeri Pahang Che Mohd Shukri Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Mohammad Abdul Qahar Abd Aziz, ADUN Kemayan Mohd Fadil Osman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Rahimah Ibrahim, Penggiat Seni Roslan Madun, ADUN Jengka Wan Salman Wan Ismail dan penyanyi Mohd Nasir Wahab.

Bagi darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), seramai 69 menerima darjah berkenaan, antaranya Pengarah MARA Pahang Ab. Halim Muda dan Ketua Unit Berita Sukan RTM, Khoo Cheng Chwee.

Bagi darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP), seramai 143 menerima darjah berkenaan, antaranya Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pengarah Lembaga Muzium Pahang Ahmad Farid Ab Jalal, Pegawai Berita BERNAMA Sharifah Nurliza Syed Mohammad dan Penerbit TV Unit Berita Sukan TV RTM Tan Jock Ann.

Sementara itu, seramai 134 dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT seramai 120 penerima) dan Pingat Jasa kebaktian (PJK) seramai 435 penerima. BERNAMA

Artikel Lain