suria

DUN Permatang Pasir: BN turunkan Setiausaha Umno Permatang Pauh

CALON BN...Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, 48, dipilih mewakili Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
CALON BN...Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, 48, dipilih mewakili Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
CALON BN...Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizad Othman, 48, dipilih mewakili Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

SEBERANG PRAI: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Rohaizat, 38, seorang penasihat undang-undang merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau sebagai calon diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincangkan dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata, Umno Permatang Pauh tidak mengemukakan sebarang nama, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk memilih calon yang sesuai.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini, kira-kira 10 malam.

Penamaan calon akan berlangsung Isnin ini dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 25 Ogos.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang kelapan sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Rohaizat mempunyai seorang isteri dan anak. Isterinya merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

Rohaizat ketika ditemui berkata, beliau yakin pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan dijadikan medan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terdapat BN.

Sambil menolak wujudnya masalah dalaman dalam Umno Permatang Pauh, Rohaizat berkata, "ia hanya merupakan cerita ditimbulkan oleh pembangkang."

"Tiada masalah," katanya sambil menambah, beliau terkejut dan tidak sangka akan dipilih sebagai calon.

"Kita akan pergi dari rumah ke rumah, merendah diri dan meminta sokongan pengundi agar memberikan peluang kepada BN," katanya.

Kata Rohaizat, berdasarkan kelayakan profesionalisme dan usia yang dijadikan kriteria, beliau yakin akan diterima pengundi kelak.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, Rohaizat merupakan calon paling tepat daripada kalangan empat nama yang telah dipertimbangkan.

Mengambil kira umur dan latar belakang pendidikan yang ada, berkaitan dengan undang-undang Islam serta berpengalaman, kata beliau, pengundi Permatang Pasir akan menerima calon BN kali ini.

Artikel Lain