suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

128 ekor keluang ditemui mati, dua lelaki ditahan

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan dua lelaki bersama 128 ekor keluang mati dalam kenderaan pacuan empat roda di Pasir Panjang, Tanjung Agas Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Perhilitan Pahang Khairiah Mohd Shariff berkata dalam pemeriksaan itu, pihaknya hanya menemui lesen dan surat kebenaran untuk memburu 100 ekor haiwan terbabit.

"Kedua-dua lelaki yang ditahan itu berusia 45 dan 53 tahun dan kami juga merampas dua laras senapang, dua buku lesen senjata api dan 75 butir peluru," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairiah berkata lesen memburu Keluang boleh didapati dengan hanya membayar RM50 untuk 50 ekor bagi tempoh tiga bulan dengan masa memburu yang dibenarkan ialah pada pukul 7 malam hingga 12 tengah malam dan 5 pagi hingga 7 pagi.

Terdahulu, Perhilitan turut merampas 26 ekor burung Serindit, lapan ekor berok dan seekor burung Bayan dalam operasi di Lebuhraya Tun Razak berhampiran Muadzam Shah pada 26 Feb lepas.

Kesemua haiwan itu dirampas hasil pemeriksaan di tiga gerai pondok Orang Asli yang terdapat di sepanjang lebuh raya itu, kata Khairiah. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain