suria

10,500 peluang lanjut pengajian ketika krisis ekonomi

PETALING JAYA: Kerajaan akan menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sehingga RM20,000 bagi membolehkan penuntut ijazah pertama melanjutkan pengajian masing-masing, sekali gus mengurangkan kes keadaan ekonomi semasa.

"Dalam keadaan ekonomi semasa, kita perlu mengambil peluang melahirkan lebih ramai pakar dan profesional yang berkualiti di peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah.

"Sehubungan itu, kerajaan bercadang menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di 12 peringkat kedoktoran falsafah di dalam negara.

"Manakala bagi pelajar di peringkat sarjana, Kerajaan akan menampung sebahagian daripada kos yuran, iaitu sebanyak RM10,000 setiap pelajar," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini.

Kata beliau, sebanyak 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10,000 tempat bagi sarjana disediakan di institusi pengajian tinggi awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas.

Permohonan bagi program ini akan dibuka kepada semua warga negara Malaysia dan akan diputuskan berdasarkan merit.

Kelayakan mendapat bantuan ini akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Artikel Lain