Empat penjenayah dikehendaki ditembak mati di Kuala Krai

KUALA KRAI: Empat penjenayah yang dikehendaki ditembak mati dalam insiden tembak-menembak dengan polis di persimpangan Jalan Kuala Krai-Gua Musang di sini pada 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis mendapat maklumat mengenai kedudukan penjenayah itu pada 6 pagi sebelum mengekori kereta mereka.

"Apabila disedari mereka diekori, penjenayah melepaskan beberapa das tembakan," katanya kepada Bernama. Beliau berkata polis membalas tembakan penjenayah itu dan berjaya menumpaskan empat lelaki itu.

Penjenayah-penjenayah itu dikehendaki oleh polis Kelantan kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah harta benda dan kekerasan.

Kesemua mayat penjenayah itu telah dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain