suria

Wacana Mahathir sentoh demokrasi masa depan 14 Mac

KUALA LUMPUR: Majlis wacana bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai "Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia" akan diadakan di Memorial Tun Hussein Onn di sini pada 14 Mac depan.

Wacana yang dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan itu akan diadakan pada pukul 10 pagi di Auditorium Galeria Perdana Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, Jalan Dato Onn di sini, kata Bendahari majlis itu Datuk Abdul Rahman Sulaiman di sini hari ini.

Beliau berkata wacana itu dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat boleh mendapatkan kad jemputan ke majlis itu dari pejabat Mubarak Wilayah Persekutuan di Tingkat 1, Memorial Tun Hussein Onn.

Beliau berkata memandangkan tempat duduk yang terhad, kad jemputan akan diberikan kepada mereka yang datang sendiri untuk mengambilnya dari pejabat Mubarak Wilayah Persekutuan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain