suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah hadir perjumpaan tertutup pemimpin Umno Johor

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis perjumpaan tertutup bersama Ketuaketua Bahagian Umno Johor, termasuk ketuaketua pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu di Sofitel Palm Resort, Senai semalam.

Presiden Umno, yang tiba pada kira-kira pukul 6.45 petang dari Mersing selepas menerima anugerah beret hijau kehormat Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar Mersing, meluangkan masa selama sejam setengah bersama anggota Umno.

Mengiringi Abdullah ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang juga Menteri Besar Johor.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Syed Hamid Albar, yang juga Ketua Umno Kota Tinggi.

Abdullah kembali ke ibu negara selepas itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain