suria

40 guni benih kerang dirampas sebelum diseludup keluar

KANGAR: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas 40 guni benih kerang yang cuba diseludup ke Thailand daripada sebuah bot kecil di perairan berhampiran Pulau Ketam, Kuala Perlis, semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Laksamana Pertama (Maritim) Zammani Mod Amin berkata rampasan itu, yang dilakukan pada 2.15 pagi ketika bot itu sedang menghala ke arah perairan Thailand, dilakukan hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata seorang lelaki di dalam bot itu terjun dan melarikan diri ke dalam kawasan hutan bakau.

Benih kerang itu dianggarkan bernilai RM32,000 dan mendapat permintaan di Thailand pada harga yang berganda.

Zammani berkata benih kerang itu dipercayai dibawa masuk sama ada dari Sungai Besar, Selangor atau dari Perak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

13 pegawai SPA Perak tiada kerja

Artikel Lain