Umno perlu perubahan drastik - Muhyiddin - Semasa | mStar

Umno perlu perubahan drastik - Muhyiddin

KUANTAN: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno memerlukan perubahan drastik dan segera dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Kita akan bincangkan dengan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi dan bakal presiden Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mengambil alih nanti.

"Mungkin ada ideanya dari segi struktur parti, memilih pemimpin, proses pemilihan, program amal kebajikan dan pendekatan baru lain yang boleh diterima baik oleh rakyat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Kampung Balok di sini hari ini selepas melawat keluarga Allahyarham Mohd Zahar Mohd Sohor, 55, anggota jawatankuasa Umno Bahagian Indera Mahkota yang meninggal dunia Jumaat lepas akibat denggi.

Beliau ditanya mengenai pelbagai cadangan perubahan kepada Umno selepas prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac tahun lepas dan dua pilihan raya kecil selepas itu.

Muhyiddin berkata, memandangkan Umno kini berhadapan cabaran hebat, yang paling penting bagi anggotanya ialah memperkuatkan semangat juang parti dan yakin kepada perjuangan parti.

"Kita kalah di beberapa tempat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak seharusnya kita berasa kita dalam saf yang salah, kalau ada kelemahan, kita perlu tangani," katanya.

Ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam agar struktur Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti itu, Muhyiddin berkata, perkara tidak perlu dilakukan.

"Keputusan pembentukan sayap ini dah lama dibuat, ada kebaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata, imej Umno bukanlah seburuk seperti yang digambarkan ketika ini sebaliknya perjuangan parti itu sebenarnya masih berlandaskan perjuangan membela nasib bangsa, agama dan negara.

"Mungkin kerana penyebaran dalam media begitu rupa, berita baik tidak dikeluarkan. Umno sebenarnya masih cergas membantu masyarakat, (tapi) itu tidak diberi pengiktirafan, cerita tidak elok diperbesarkan.

"Saya tidak kata kita tidak ada kelemahan, memang ada ahli yang menjejaskan parti seperti terbabit rasuah politik, tapi gambaran keseluruhannya tidaklah sebegitu.

"Jadi persepsi pemikiran rakyat terhadap Umno perlu diperbetulkan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Perak sahkan 2 ADUN masih kekal BN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Kajian: Majoriti mahu DUN Perak dibubar

default image

13 pegawai SPA Perak tiada kerja

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain