suria

VCD dan DVD lucah bernilai RM2.1 juta dirampas di Pulau Pinang

PULAU PINANG: Polis merampas 349,593 video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) lucah serta tanpa sijil kelulusan yang dianggar bernilai RM2.1 juta di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, ACP Mohd Nordin Mohd Idris berkata agka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 304,198, berbanding tahun sebelumnya dengan nilai rampasan kirakira RM311,657.

Beliau berkata 425 orang ditangkap berhubung kes itu sepanjang tahun lepas, membabitkan penyiasatan 540 kes.

"Dalam tahun ini sehingga semalam, ada 25 kes yang disiasat," katanya kepada pemberita pada persidangan media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas juga, dua individu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat 1969 kerana terlibat dengan kegiatan pengedaran dan penjualan VCD serta DVD lucah dan tanpa sijil B.

Katanya seorang daripada mereka kini berada di Penjara Simpang Renggam, Johor manakala seorang lagi dikenakan perintah buang daerah.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain