suria

Tsu Koon gesa Obama sokong inisiatif damai PBB

PULAU PINANG: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendesak bakal Presiden Amerika Syarikat Barack Obama agar menyokong inisiatif damai Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) berhubung kawasan Semenanjung Gaza di Palestin.

Koh, yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, berkata Obama perlu bersamasama masyarakat dunia bersuara untuk menghentikan Israel daripada terus melakukan kezaliman di Semenanjung Gaza.

"Sekurang-kurangnya, Obama boleh membantu menyatakan sokongannya terhadap desakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengadakan sidang khas Perhimpunan Agung PBB bagi membincangkan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sebarang penangguhan oleh PBB dan Amerika untuk campur tangan akan menyebabkan lebih banyak nyawa tidak berdosa menjadi korban dan membawa kepada kebencian dan tindakan balas seumpamanya.

"Walaupun beliau belum secara rasmi menjadi Presiden, Obama pada ketika ini dihormati di seluruh dunia dan pandangannya akan membawa kesan kepada PBB untuk mengambil tindakan segera," katanya.

Beliau berkata PBB sepatutnya bertindak segera mencari penyelesaian politik, sosial dan ekonomi bagi menangani konflik Semenanjung Gaza.

Koh berkata jaminan bagi sebuah negara Palestin yang bebas mesti direalisasikan sepenuhnya dan perlindungan mesti disediakan kepada keduadua rakyat Palestin dan Israel untuk hidup aman damai di kawasan masingmasing serta bersama di kawasan percampuran. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain