suria

IPTA harus sediakan makanan berbilang kaum, antarabangsa

KUALA LUMPUR: Biro Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BPPBN) menyeru agar pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyediakan makanan yang berkonsepkan berbilang kaum serta makanan antarabangsa di setiap universiti bagi kemudahan warga kampus.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno, Ahmad Ikmal Ismail berkata pihak universiti harus memastikan gerai-gerai makanannya menyediakan makanan untuk semua bangsa agar tiada pihak yang berasa dipinggirkan dalam soal makanan.

Selain itu, katanya setiap universiti digesa mewujudkan satu kawasan atau ruang makanan yang menyediakan makanan antarabangsa.

"Dasar Kementerain Pengajian Tinggi adalah mewujudkan universiti-universiti yang melihat kepada luar iaitu mengamalkan dasar pengantarabangsaan. Pada masa yang sama kita ingin menarik pelajar-pelajar antarabangsa untuk datang ke IPTA-IPTA tersohor kita.

"Oleh itu kami menggesa dan mencadangkan agar pihak universiti secara agresif mewujudkan ruang atau tempat untuk menyediakan makanan antarabangsa," kata Ahmad Ikmal dalam sidang media hari ini. BERNAMA

Artikel Lain