suria

APMM tahan kapal kargo seludup 28,000 liter diesel

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo yang membawa 28,000 liter minyak diesel bernilai hampir RM50,000 yang dipercayai untuk diseludup di Kemaman malam tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kuala Terengganu Komander Syed Mohd Fuzi Syed Hasan berkata kapal itu ditahan di jeti Bukit Kuang, Kemaman, kira-kira pukul 9.50 malam.

Tangkapan itu hasil risikan APMM yang memantau pergerakan kapal berkenaan yang disyaki menyeludup bahan api itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Mohd Fuzi berkata rampasan minyak diesel itu merupakan yang terbesar dibuat oleh APMM di Terengganu tahun ini.

Beliau berkata seorang nakhoda dan tiga krew, kesemuanya warganegara Indonesia berumur antara 21 hingga 39 tahun ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 kerana membawa petroleum tanpa kebenaran.

Beliau berkata mengikut lesen, kapal itu sepatutnya membawa air dan barang-barang makanan dan menurutnya kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahar sah sertai PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain