suria

Wanita Pokok Sena calon Rafidah, Shahrizat tanding jawatan ketua, naib ketua

ALOR STAR: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pokok Sena mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz untuk bertanding jawatan Ketua Wanita manakala Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Naib Ketua pergerakan pada pemilihan parti Mac depan.

Persidangan Wanita Umno bahagian itu sebulat suara memilih Rafidah dan Shahrizat dalam persidangan perwakilan pergerakan itu, yang disertai 353 perwakilan daripada 115 cawangan di Bangunan Tunku, di sini hari ini.

Pergerakan bahagian itu merupakan satu-satunya sayap Umno di Kedah yang belum bermesyuarat setelah ditangguhkan dua kali disebabkan masalah teknikal.

Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 17 Oktober lalu itu tertangguh ekoran masalah teknikal di peringkat cawangan selepas 18 daripada 115 cawangan itu mengemukakan pelbagai aduan mengenai perjalanan mesyuaratnya.

"Ia sekaligus merupakan penutup kepada persidangan peringkat Umno Bahagian dan sayapnya di Kedah," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan wanita bahagian Pokok Sena di sini, hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain