suria

Lelaki Myanmar ditemui mati ditempat pembuangan sampah

KUALA LUMPUR:Seorang lelaki warga Myanmar dalam lingkungan 30an ditemui mati di tempat pembuangan sampah di Taman Nirwana, Ampang dekat sini dengan kesan kelaran di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 7.45 malam tadi.

Beliau berkata mayat mangsa ditemui di bawah sebuah motosikal yang disyaki digunakan untuk menyembunyikannya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita BN mula mesyuarat enam jam

Artikel Lain