suria

Susulan maklum balas ramai, harga siling pelitup muka akan diturunkan lebih rendah daripada RM 1.20

Kerajaan akan menurunkan harga siling pelitup muka berbanding RM1.50 sebelum ini.

HARGA siling bagi pelitup muka akan diturunkan lebih rendah daripada RM 1.20.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi kepada Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata harga siling pelitup muka tiga ply (lapis) akan diturunkan daripada RM1.50 seunit kepada RM1.20.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah abai SOP! Mulai 1 Ogos wajib pakai mask dalam pengangkutan awam, tempat sesak... tiada lagi kuarantin di rumah

"Tetapi sekarang memandangkan maklum balas umum, kami dah bincang mungkin kita akan turun lagi bawah daripada RM1.20," katanya.

Alexander berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat.

Terdahulu, Khoo ingin tahu langkah yang diambil KPDNHEP bagi memastikan harga pelitup muka diturunkan.

Pada 23 Julai lalu, Alexander mengumumkan harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 seunit bermula 15 Ogos, manakala harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pelitup muka, harga siling

Artikel Lain