suria

Kepah Goreng Pedas

Gambar hiasan: Kepah goreng pedas.
BAGI penggemar makanan laut, kepah pasti terlintas di fikiran untuk dijadikan sajian berbuka puasa.

Kepah boleh dimasak dalam pelbagai cara sama digoreng, dimasak stim dan dikukus. 

Apa kata untuk menu berbuka puasa pada hujung minggu, cuba resipi kepah goreng pedas ini.

Bahan-bahan:

3 cili kering

3 bawang merah

1 bawang putih

1 batang serai

Kepah

Cara menyediakan:

Kisar semua bahan di atas kecuali serai. 

Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing. 

Masukkan garam, gula dan sos tiram.

Masukkan kepah dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.


kepah goreng pedas

Artikel Sebelum

Mi Kari

Artikel Berikut

Ayam Semur

Artikel Lain