suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuih Lompang

Gambar hiasan: Kuih Lompang.
KUIH lompang adalah sejenis kuih tradisional yang popular di negara ini. Ia merupakan sejenis kuih yang dikukus dan pastinya menyihatkan.

Ia enak dimakan bersama kelapa parut muda yang ditabur diatasnya.


Bahan A:

2 cawan tepung beras

1/2 sudu kecil air kapur ( bancuh dan tapis)

Sedikit kelapa muda diparut  - digaul dengan sedikit garam


Bahan B:

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan gula merah

4 cawan air


Cara-cara:


Bancuh tepung dengan air kapur. Tuang air gula yg telah suam kedlm tepung. Kacau rata.

Didihkan air dalam kukusan. Panaskan acuan lompang ke dalam kukusan.

Bila air dah mendidih. Tuang adunan tepung ke dalam acuan lompang yang telah dipanaskan tadi.

Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

kuih lompang

Artikel Lain