WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah - Klik | mStar

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

Rakyat dan Kerajaan akan berganding bahu untuk memastikan kemakmuran negara ini akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, sama ada di Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung. (Gambar Hiasan).


"WAWASAN Kemakmuran Bersama 2030 ini menyediakan turbo charge untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan melonjak kepada ekonomi berpendapatan tinggi serta meningkat kuasa beli rakyat.

Kerajaan yakin matlamat wawasan ini akan dicapai melalui peningkatan kepelbagaian ekonomi (greater economic complexity) dengan memberi fokus kepada industri berteknologi dan berimpak tinggi seperti aeroangkasa, ekonomi digital dan pertanian berteknologi tinggi.

Kestabilan dan keutuhan pentadbiran dalam mempertahankan prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban akan memberikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing dan domestik untuk melabuh di Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka dan bakal mencipta peluang-peluang pekerjaan dalam sektor baru yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi.

Sudah tentu harapan Malaysia adalah pada anak muda. Wawasan ini akan merangsang imaginasi, kreativiti dan keterampilan generasi millennial untuk membawa Malaysia ke mercu kecemerlangan industri.

Datuk Seri Azmin Ali sewaktu pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Dalam kita memburu kecemerlangan industri, Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah dan miskin. 

Wawasan ini menjamin bahawa kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati oleh mereka. Kemiskinan adalah persoalan manusiawi yang dekat dengan hati Kerajaan Pakatan Harapan.

Justeru itu, wawasan ini yang berteraskan pertumbuhan dan penciptaan kekayaan adalah menjurus untuk membasmi kemiskinan dan membebaskan mereka dari kesengsaraan dan penderitaan hidup.

Komitmen Kerajaan tidak berganjak dan kami akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ini demi mengangkat darjat dan martabat mereka.

Kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah dan miskin. 

Menterjemah wawasan agung ini untuk menjadi kenyataan memerlukan kecekalan, dedikasi dan keikhlasan.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan memantau pelaksanaan dan kemajuan Wawasan Kemakmuran Bersama untuk memastikan objektif yang murni ini tercapai.

Namun, wawasan ini akan hanya berjaya dengan dukungan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat dan Kerajaan akan berganding bahu untuk memastikan kemakmuran negara ini akan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, sama ada di Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung, masyarakat desa dan bandar; petani, nelayan, penternak mahupun pekerja, pemandu teksi, golongan profesional dan sudah tentunya mahasiswa dan anak muda."

(Ucapan disampaikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 5 Oktober 2019)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain