suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar universiti maut ditikam, dipercayai diserang 10 individu

Lazimnya mayat akan dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar kejuruteraan di sebuah universiti maut ditikam, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan 10 individu, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menurut polis, mangsa yang berusia 26 tahun merupakan pelajar tahun empat jurusan kejuruteraan di Universiti Rajamangala, Thailand. 

Memetik media tempatan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan industri di sebuah syarikat. 

Saksi mendakwa melihat sekumpulan individu menyerang mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 

Mangsa maut akibat mengalami kecederaan pada tulang rusuk kanan, pergelangan tangan kanan, dada kanan, perut dan lengan kiri.

Di sebalik serangan itu, telefon bimbit, iPad dan beg milik mangsa tidak dilarikan, namun jaketnya hilang. 

Motif sebenar di sebalik serangan tersebut bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain