suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 45 tahun maut dalam kebakaran rumah, jiran cuba bantu tapi gagal

Mangsaengan kesan lecur di bilik tidur rumahnya. -Foto dok. Polsek Butuh

SEORANG lelaki ditemukan maut di bilik tidur rumahnya dalam keadaan menyayat hati setelah disyaki membunuh diri menggunakan bahan bakar pada Khamis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Samsudin, 45, maut akibat kecederaan melecur di seluruh badan.

Kejadian itu berlaku di Daerah Butuh, Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Polis Butuh, Irfan Sofar berkata kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Sementara itu, Reni Charisah selaku jiran mangsa mendedahkan dia melihat asap menerusi atap rumah berkenaan selain api yang marak dari bilik tidur.

Dalam situasi cemas itu, penduduk sekitar bergegas membuka pintu rumah yang berkunci untuk membantunya, namun mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

Kes kini masih lagi dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan bersama khususnya bagi yang beragama Islam, membunuh diri merupakan satu perbuatan tergolong dalam dosa besar. - Agensi

Artikel Lain